PROGRAM

Akademi Arab Malaysia menawarkan kursus Bahasa Arab sepanjang tahun. Demi memastikan setiap penuntut mendapat perhatian secara individu, jumlah pelajar di setiap kelas tidak melebihi 8 orang pada setiap masa walaupun bilangan setiap pelajar selalunya lebih kecil. Kelas bersaiz kecil memberikan keseimbangan cabaran dan sokongan yang tepat untuk setiap individu serta memaksimumkan interaksi pelajar-pelajar serta memperibadikan kerja khusus kepada minat pelajar dan kebolehan individu pelajar tersebut. Tugasan dan arahan di dalam kelas bertujuan untuk mengembangkan kemahiran bertutur dan mendengar pelajar. Setiap kelas direka dan dirancang untuk mewujudkan persekitaran selesa dan mesra antara kakitangan Akademi dan pelajar.

Penggunaan bahasa selain bahasa Arab tidak dibenarkan semasa pembelajaran, kecuali pada peringkat kelas asas ketika pelajar belum menguasai penjelasan perbendaharaan kata yang cukup dan tepat di dalam bahasa Arab. Walaupun dalam keadaan ini, guru hanya akan menggunakan pertuturan dalam bahasa Inggeris secara minimum. Kami sangat yakin bahawa pelajar akan mengembangkan kemahiran berbahasa dengan lebih pantas dan berkesan sekiranya mereka benar-benar mendalami bahasa Arab sejak awal pengajian mereka. Di luar bilik darjah, para pelajar digalakkan untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab dan membuat hubungan sosial yang memberi peluang untuk mempraktikkan kemahiran berbahasa mereka dengan penutur asli bahasa Arab.

Semua kelas diajar melalui pendekatan komunikatif, menyedari keperluan untuk mengintegrasikan kemahiran bertutur, mendengar, membaca dan menulis agar dapat menggunakan bahasa dengan berkesan. Pelajar mula bertutur dalam bahasa Arab dari pelajaran pertama. Guru juga memasukkan alat bantu audiovisual ke dalam waktu pengajaran kelas.

Akademi ini menggunakan gabungan bahan pengajaran yang diterbitkan dan dirancang sendiri. Walaupun banyak rujukan tambahan digunakan, buku teks utama untuk semua kursus adalah Al Kitaab fi Ta'allum Al Arabiya dari Georgetown Press.

Ujian penempatan komprehensif yang menilai kemahiran bertutur, mendengar, membaca dan menulis setiap pelajar diberikan sebelum permulaan setiap kursus. Ini dirancang untuk menilai tahap pelajar di semua bidang dan memastikan penempatan pelajar dalam tahap yang betul. Kelas diatur berdasarkan keputusan peperiksaan secara berunding dengan tenaga pengajar.

Setelah menyelesaikan setiap tahap, ujian pencapaian akan dijalankan, hasil keputusan akan menentukan kesediaan pelajar untuk maju ke tahap seterusnya. Keputusan ujian ini juga diambil kira untuk pensijilan terakhir.

Kami percaya bahawa program pengajaran yang berjaya mesti merangkumi sistem penilaian objektif. Sistem penilaian kami menggabungkan ujian bertulis dan lisan serta tugasan harian. Kami menyediakan sistem ini untuk membantu pelajar menilai dan mencapai tujuan pembelajaran bahasa mereka.

Guru-guru kami memiliki kelayakan professional sebagai Guru Bahasa Arab sebagai Bahasa Asing kepada pelajar di seluruh pelusuk dunia. Setiap kelas di ketuai oleh seorang guru berbahasa Arab yang berpengalaman dan bersemangat.

Anda akan terus belajar salah satu bahasa yang paling bermanfaat di seluruh dunia.